Friday, 10 May 2019

Apakah ‘acute appendicitis’


Apakah ‘acute appendicitis’
Appendik adalah sebahagian dari usus yang terletak antara usus kecil dan usus besar. Appendik adalah ‘end organ’ kerana ia tidak berhubungan dengan sistem usus yang lain.
‘Acute appendicitis’ adalah inflamasi  organ apendiks itu sendiri. Inflamasi  ini menyebabkan pembengkakan dan seterusnya menjejaskan pengaliran darah ke apendik. Ini akan menyebabkan sebahagian atau keseluruhan apendik tersebut mati dan terbocor. ‘Acute appendicitis’ boleh berlaku di kalangan orang dewasa mahupun kanak kanak.

Apakah tanda-tanda ‘acute appendicitis’
  • Sakit di bahagian kanan bawah abdomen. 
  • Tanda-tanda ini akan bertambah teruk dengan cepat hingga menyebabkan kesakitan di keseluruhan bahagian bawah abdomen.
  • demam, loya serta muntah. 
  • Kadang kala cirit birit atau sakit ketika kencing boleh berlaku jika inflamasi apendik tersebut berlaku berdekatan dengan rektum atau pundi kencing.





Adakah kita boleh mengelak daripada mendapat ‘acute appendicitis’
Inflamasi akut apendik adalah suatu proses natural di mana mana bahagian usus. Malangnya kita tidak dapat mengelak dari mendapat ‘acute appendicitis’. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.

Apakah rawatan untuk acute appendicitis
Pesakit yang disyaki mengalami ‘acute appendicitis’ akan merasa kesakitan di bahagian bawah kanan abdomen sama ada dengan kehadiran tanda-tanda lain atau tidak haruslah mendapat pemerhatian serta dipantau oleh doktor. 
  • Pengesahan diagnosa ‘acute appendicitis’ selalunya akan disokong oleh pemeriksaan darah yang tertentu. Di dalam kebanyakan kes ‘acute appendicitis’ adalah suatu diagnosa klinikal. 
  • Ujian imbasan ultrabunyi atau CT scan boleh membantu mengesahkan diagnosa ‘acute appendicitis’ di dalam kes-kes yang agak sukar pengesahannya secara klinikal terutamanya di kalangan pesakit obes. 
  • Rawatan awal memerlukan pembedahan mengeluarkan apendik melalui pembedahan. Ini di panggil pembedahan ‘appendectomy’. Pembedahan ini dapat dilakukan secara pembedahan konvensional atau pembedahan laparoskopik (pembedahan tebuk lubang). Kadang kala pembedahan yang lebih besar atau ‘laparotomy’ dilakukan jika apendik tersebut telah pecah dan menyebabkan kontaminasi (tercemar) yang teruk di dalam rongga abdomen.

Insisi atau parut luka bagi pembedahan ‘appendectomy’ biasa di bahagian bawah kanan abdomen




Insisi atau parut luka bagi pembedahan ‘appendectomy’ secara laparoskopik -tiga luka kecil di bahagian abdomen (insisi ini mungkin berbeza mengikut pakar bedah)



Insisi atau parut luka laparotomy bagi apendik yang telah pecah beserta komplikasi lain


Bagaimanakah penyembuhan dari pembedahan ‘appendectomy’
Dalam kebanyakan kes penyembuhan dari pembedahan ‘appendectomy’ adalah cepat sekiranya tiada komplikasi lain terutamanya apendik yang telah pecah. Penyembuhan dari pembedahan laproskopik ‘appendectomy’ adalah lebih cepat kerana ia melibatkan luka yang sangat kecil. Pesakit akan dibenarkan makan secara normal sehari selepas pembedahan ‘appendectomy’ sekiranya tiada komplikasi lain.

No comments:

Post a Comment