Negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian seoarang
kanak-kanak yang disebabkan oleh Difteria & terbaru 5 lagi dikesan
postitif.
Apa itu DIFTERIA.? Bagaimana ia boleh membawa maut. Jom
ikuti Bebenang ini
Apakah itu Difteria?
Difteria adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan bahagian
atas yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheriae.
Bakteria ini akak merembeskan toksin & akan jangkiti pada bahagian
tonsil, fariks, larinks & hidung.
Cara Jangkitan :
Melalui sentuhan fizikan & juga titisan cecair pernafasan.
Tempoh pengeraman bakteria ini adalah 2 - 5 hari
Gejala yang dialamai :
-Demam panas yang tinggi
-Sakit dibahagian tekak
-Selaput membran kelabu keputihan pada tonsil/farinks (klasikal)
-Susah & sakit untuk menelan
-Bengkak pada bahagian leher
-Gejala Teruk > masalah pernafasan
seperti nafas berbunyi (stridor) & sesak nafas
Bagaimama Difteria boleh membawa
maut?
Selain daripada menyebabkan kesukaran bernafas yang disebabkan oleh
selaput membran, toksin bakteria ini boleh memasuki saluran darah &
menyebabkan serangan otot jantung (myokarditis) & kelumpuhan sistem saraf
(neuropati periferi).
Perbezaan antara jangkitan tonsilitis & Difteri
Rawatan :
1)Anti-toksin akan diberikan serta merta bagi melemahkan &
memberhentikan pengeluran toksin
(Tidak semua hopsital mempunyai anti-toksin)
2) Antibiotik jenis penisilin & eritromicin selepas kultur
diperolehi untuk mematikan bakteria ini
3) Rawatan supportif lain – ivd
Pencegahan :
Sila VAKSIN..!! Sila VAKSIN..!! Sila VAKSIN..!!
Telah ada dalam jadual imunisasi KKM iaitu DTap-IPV-Hib yang dikenali
sebagi 5 serangkai.
No comments:
Post a Comment