Wednesday, 8 May 2019

APAKAH ITU ASMA ??

Apakah itu asma?




Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
·         Merah.
·         Bengkak.
·         Menghasilkan lendir berlebihan.
·         Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Faktor-faktor Asma
·         Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
·         Merokok.
·         Perubahan cuaca.
·         Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
·         Senaman.
·         Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
·         Makanan dan perasa tambahan makanan.
·         Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
·         Emosi.
·         Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).


Apakah gejala asma?
·         Batuk.
·         Batuk di waktu malam (waktu tidur).
·         Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
·         Susah bernafas.



Apakah tanda-tanda asma?

·         Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
·       Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan   baik.
·         Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.


Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
·         Nafas berbunyi (Audible wheeze).
·         Susah untuk menghembus nafas (breath out).
·         Nafas laju.
·         Denyutan jantung cepat.


Apakah jenis rawatan asma?

Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:




1.         Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

2.         Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.

3.         Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.


Cara penggunaan MDI sedut adalah:

1.     Duduk atau berdiri tegak
2.     Keluarkan penutupnya dari corong
3.     Letakkan alat sedut dengan jari telunjuk di bahagian atas tabung dan ibu jari di bahagian bawah
4.     Goncang alat sedut
5.     Tarik nafas sepenuhnya melalui mulut dan hembus nafas perlahan-lahan
6.     Letakkan pelekap mulut alat sedut di dalam mulut. Tutup bibir di sekitar corong dengan rapat. Dongakkan kepala sedikit ke belakang
7.     Mula untuk menarik nafas perlahan-lahan dan mendalam melalui corong dan pada masa yang sama tekan ke bawah pada tabung alat sedut dengan jari telunjuk
8.     Terus tarik nafas dalam dan dengan perlahan-lahan tahan nafas selama 5 hingga 10 saat (mengikut kemampuan)
9.     Keluarkan alat sedut dari mulut dan hembus nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa membuka mulut
10.  Tunggu 1 minit sebelum mengulangi dos kedua
11.  Gantikan penutup selepas digunakan
12.  Bilas mulut selepas menggunakan steroid yang telah disedut


Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?

·         Elakkan faktor pencetus asma.
·         Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
·         Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
·         Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
·         Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
·         Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.


Bolehkah asma disembuhkan?

Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.



Rujukan

image: FB DUTA KENALI UBAT ANDA

No comments:

Post a Comment