- Arthritis (sakit sendi ) yang paling kerap berlaku.
- Disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).
- Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.
Siapakah yang
berisiko?
1.
Wargatua disebabkan oleh peningkatan usia (rawan
menjadi haus)
2.
Dewasa yang masih muda penyebabnya adalah trauma (rawan
rosak disebabkan kecederaan)
- Proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.
- Sejarah trauma ataupun kecederaaan sukan di usia muda dan masalah kegemukan mempercepatkan proses pembentukan osteoarthritis.
- Mereka yang lahir dengan masalah rawan semulajadi juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
- Kehausan tulang rawan yang lambat laun akan menyebabkan pergeseran antara dua tulang keras boleh menimbulkan rasa sakit.
Pesakit selalunya
mengadu sakit sendi apabila melakukan pergerakan. Ianya juga menjadi lebih sakit
di penghujung jari.
Diagnosa
Tanda dan gejala seperti di atas dengan bantuan gambar x-ray boleh mendiagnosakan penyakit osteoartritis.Sendi yang kerap terlibat adalah seperti dibawah:
Rawatan adalah dalam
beberapa peringkat bergantung kepada keadaan pesakit. Pembedahan selalunya
adalah untuk peringkat yang lewat. Kaedah rawatan adalah:
- Ubat penahan sakit
- Senaman dan fisioterapi
- Mengubahsuai aktiviti harian
- Mengurangkan berat badan
- Jika cara-cara di atas gagal mengawal gejala, pesakit bolehlah ditawarkan dengan suntikan cecair sendi sintetik
- Akhir sekali jika semua kaedah di atas gagal pesakit selalunya ditawarkan pembedahan penukaran sendi palsu. Namun begitu pembedahan ini adalah di peringkat akhir dan bergantung kepada kehendak dan persetujuan pesakit.
komplikasi
adalah dalam lingkungan 1-2%. Ini termasuk:
- Jangkitan kuman
- Darah beku di kaki
- Jahitan terbuka
- Komplikasi am termasuk hilang darah dan komplikasi sewaktu bius
- Jangkitan kuman
- Sendi palsu menjadi longgar dan perlu diganti
- Patah tulang disekitar sendi palsu
- Kegagalan komponen sendi palsu
- Pembedahan ulangan
No comments:
Post a Comment