Monday, 6 May 2019

APA ITU GOUT ??

APA ITU GOUT??




Gout merupakan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, dengan kehadiran asid urik yang tinggi dalam darah. Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Penyakit gout terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

Akut    -         Serangan Gout yang hanya membabitkan satu sendi pada satu ketika.
Kebiasaan gout menyerang pada sendi bahagian kaki berbanding sendi bahagian tangan tangan
Ketika dalam pemeriksaan, kebiasaannya tanda-tanda seperti suam-suam panas, bengkak dan sakit pada bahagian terlibat serta menyebabkan demam.
Kronik -         Tanda-tanda benjolan (Tophi)
Kadar asid urik melebihi 9mg/dl.




DIAGNOSIS




  • Tanda-tanda yang jelas seperti kesakitan yang disebabkan oleh kebengkakan pada sendi yang berlarutan selama 2 minggu dan kesakitan tersebut akan hilang dalam masa 2 minggu sahaja.
  • Benjolan (TOPHI)Kehadiran podagra
  • Kesan berkurangan dalam masa 2 minggu apabila mengambil ubat colchine.


SIASATAN



1.    Serum urate (asid urik)
a.    Lelaki/Perempuan Pos menaupouse       : 0.42mmol/l or 7mg/dl

b.    Perempuan Pre Manaupouse                  : 0.36mmol/l or 6mg/dl
2.   Analisa air kencing untuk mengenalpasti sebarang kelainan pada kandungan darah atau
      protein yang menyebabkan gangguan buah pinggang
3.    FBC untuk mengenalpasti jangkitan kuman dalam darah
4.   RFT untuk mengenalpasti penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh kehadiran
      urate nephropathy
5.   FBS untuk mengesan kehadiran penyakit kencing manis
6.   FLP untuk mengesan kehadiran kolestrol dalam darah




XRAY








Akut    - Kebiasanya kelihatan normal, walaupun terdapat pembengkakan tisu lembut di sekitar sendi














Kronik    -Ketidaknormalan tisu lembut pada sendi (tophi), dan luka erosif tulang  (punched out lesion).

















RENAL IMAGING

 


  1.  Xray mengesan hanya 10% semua batuan urate
  2. Ultrasunografi akan mengesan nefrocalcinosis (batuan penting> 3mm)
  3. Imbasan CT paling sensitif untuk mengesan kehadiran batuan


RAWATAN

Perubahan diet dan gaya hidup

Mencapai BMI yang ideal (21-24), penurunan berat badan (0.5-1.0kg / minggu) adalah yang terbaik
Kurangkan Pengambilan alcohol
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Pengambilan air kosong yang mencukupi 2-3 liter sehari

Elakkan

Organ dalaman haiwan      : Ini termasuk hati, buah pinggang dan otak
Ikan                                    : Cencaru,sardin, tuna, dan banyak lagi
Makanan laut lain               : kerang, ketam, udang
Minuman bergula               : Terutama jus buah-buahan dan minuman berkarbonat
Gula tambahan                  : Madu dan sirap
Yis                                      : Pemakanan berasaskan yis seperti roti dan pizza



MAKANAN YANG BOLEH DI AMBIL

Buah-buahan           : Semua buah-buahan umumnya baik untuk gout. Ceri adalah terbaik
Sayuran                   : Semua sayuran adalah baik, termasuk kentang, kacang & cendawan
Kekacang                : Semua kekacang adalah baik, termasuk kacang kedelai, kacang

                                  soya dan tauhu
Kacang                     : Semua kacang dan biji
BIji-bijian                   : Ini termasuk gandum, beras perang dan barli
Produk tenusu          : Semua tenusu adalah selamat
Telur
Minuman                  : Kopi, teh dan teh hijau
Herba dan                : Semua herba dan rempah-rempah
Minyak                      : Minyak berasaskan tumbuhan kelapa dan zaitun


UBAT-UBATAN




      NSAID contohnya : IM DICLOFENAC 75mg
      +/- PROTON PUMP INHIBITORS (PANTOPRAZOLE 40MG)
      COX-2 INHIBITORs:  CELEBREX 200MG
      COLCHICINE 0.6MG TDS
      +/- CORTICOSTEROIDS
      ALLOPURINOL 100MG (kronik/berulang)
      POTASSIUM CITRATE /ROWATINEX

No comments:

Post a Comment