DEFINISI EKZEMA
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak.
Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak,
gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang
berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan
tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi
berkerak.
Biasanya kanak-kanak
mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar
tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah
satu jangkitan.Apa penyebab ekzema?
· Keturunan.
· Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
· Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
· Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
· Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut
ü Infeksi virus.
ü Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
ü Lain lain jangkitan.
Apakah tanda tanda
dan gejala ekzema?
·
Tompok tompok yang gatal, kekeringan
kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
·
Kemerahan, kulit bersisik dan
pertukaran warna kulit.
· Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema
boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan
diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
·
Ubat pencegah gatal seperti
antihistamin.
·
Losyen pelembab, krim untuk menahan
kekeringan dan kegatalan.
·
Krim Steroid digunakan untuk kes-kes
yang teruk .
·
Antibiotik jika terdapat jangkitan
kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan
gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya
boleh menolong anak saya?
·
Letakkan anak di bilik yang selesa
dan nyaman.
·
Elakkan mandi air panas/suam.
·
Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
·
Gunakan pakaian jenis kapas dan
nipis.
·
Elakkan dari fabrik yang kasar.
·
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
·
Gunakan krim pelembab selepas
mengelap anak anda.
·
Awasi makanan yang menyebabkan alahan
dan dapatkan nasihat doktor.
Rujukan
No comments:
Post a Comment