Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang
sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
·
Merah.
·
Bengkak.
·
Menghasilkan lendir berlebihan.
·
Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan
atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan
kesukaran bernafas.
Faktor-faktor Asma
·
Jangkitan virus pada sistem
pernafasan.
·
Merokok.
·
Perubahan cuaca.
·
Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
·
Senaman.
·
Bahan perangsang seperti minyak
wangi, bau cat dan habuk lantai.
·
Makanan dan perasa tambahan makanan.
·
Ubat seperti aspirin atau lain-lain
ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
·
Emosi.
·
Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran
asid dari dalam perut ke atas).
Apakah gejala asma?
·
Batuk.
·
Batuk di waktu malam (waktu tidur).
·
Rasa ketat di dada (nafas berbunyi
seperti wisel).
·
Susah bernafas.
Apakah tanda-tanda
asma?
·
Sebahagian dari kanak-kanak tiada
tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
· Dada berbentuk dada burung
(Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
·
Adanya tanda-tanda penyakit ekzema
dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu
serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
·
Nafas berbunyi (Audible wheeze).
·
Susah untuk menghembus nafas (breath
out).
·
Nafas laju.
·
Denyutan jantung cepat.
Apakah jenis
rawatan asma?
Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
1.
Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di
sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan
lendir di sistem pernafasan.
2.
Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini
seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
3.
Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur
pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes
serangan asma yang teruk.
Cara penggunaan MDI sedut adalah:
1. Duduk atau berdiri
tegak
2. Keluarkan
penutupnya dari corong
3. Letakkan alat sedut
dengan jari telunjuk di bahagian atas tabung dan ibu jari di bahagian bawah
4. Goncang alat sedut
5. Tarik nafas
sepenuhnya melalui mulut dan hembus nafas perlahan-lahan
6. Letakkan pelekap
mulut alat sedut di dalam mulut. Tutup bibir di sekitar corong dengan rapat.
Dongakkan kepala sedikit ke belakang
7. Mula untuk menarik
nafas perlahan-lahan dan mendalam melalui corong dan pada masa yang sama tekan
ke bawah pada tabung alat sedut dengan jari telunjuk
8. Terus tarik nafas
dalam dan dengan perlahan-lahan tahan nafas selama 5 hingga 10 saat (mengikut
kemampuan)
9. Keluarkan alat
sedut dari mulut dan hembus nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa membuka
mulut
10. Tunggu 1 minit
sebelum mengulangi dos kedua
11. Gantikan penutup
selepas digunakan
12. Bilas mulut selepas
menggunakan steroid yang telah disedut
Apa yang perlu
dilakukan untuk mengawal asma?
·
Elakkan faktor pencetus asma.
·
Gunakan ubat pencegah setiap hari
mengikut arahan doktor.
·
Gunakan ubat asma dengan cara yang
betul.
·
Kenali tanda serangan asma dan
dapatkan rawatan awal.
·
Ikut arahan pelan tindakan asma yang
diberi oleh doktor.
·
Rawatan susulan yang berkala
sebagaimana arahan doktor.
Bolehkah asma
disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak
boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja,
manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada
asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Rujukan
image: FB DUTA
KENALI UBAT ANDA